Sunday, December 30, 2012

cili yang tak tau nama

ahli baru di kebun saya. saya tak tau apa nama. masa tak masak kaler kuning.

Saturday, December 29, 2012

update kangkung

ni kangkung saya yang usia hampir sebulan dah .tanam guna biji benih. kurus kurus lagi. saya x letak baja. so far duk taruk hampas teh ja. tu tips yg saya blaja dr blog kwn kwn berkebun. nak jadikan tanaman free from chekicals.

Friday, December 28, 2012

apa yang boleh dibeli dengan rm 0.40?

40 sen bayar parking or bayar untuk tandas lepas la kan. well 40 sen boleh beli pokok sup segera...hehehe. senang ja.balik tinggal nak tanam ja. since pokok kucai tak naik. saya ganti dengan pokok sup segera.

Thursday, December 27, 2012

anak kobis dah muncul

semaian kobis saya dah muncul. first time cuba tanam kobis ni. semaian bunga kobis dan kucai belum menunjukkan hasil. sabar menanti lah jawabnya.

Wednesday, December 26, 2012

anak tomato di pagi hari

pagi-pagi bagi kesayangan minum dulu.hehehe. ni sebahagian anak tomato yang saya pindahkan ke cawan polystrene bagi besar. saya semai dari biji tomato yang digunakan untuk memasak. niat di hati dah besar sikit anak tomato ni nak bagi kawan yang berkebun di balkoni macam saya jugak.

Tuesday, December 25, 2012

pakchoy dah bercambah

selepas 3 hari semai. pakchoy dah bercambah. saya semai satu paket. tamak.hehehe. rookie gardener macam saya semua nak cuba.

semaian kobis,bunga kobis,pakchoy,kucai dan halia

saya dah tambah kesayangan baru di kebun saya.
kobis, bunga kobis, pakchoy saya semai guna dari bekas surat khabar recyclr.
kucai dan halia. halia saya semai guna halia yg dah bercambah.

Monday, December 24, 2012

salam perkenalan

entri pertama saya. ni blog berkebun pulak. saya duduk di townhouse tingkat atas. rumah saya tiada tanah. jadi saya tanam sayur saya dlm pasu dan bekas recycle. macam ni la rupa kebun orang rumah tiada tanah. hehehe